Sunday, January 16, 2011

I.S.K

    hari ini saya baru balik dari seminar 'INI SEJARAH KITA' (I.S.K)..saya dapat pengisian yang bagus dalam seminar ini. actually bila dengar topik tersebut mesti anda fikir ia adalah seminar tentang subjek SEJARAH kan. tapi sebenarnya tidak la sepenuhnya tentang sejarah. memang ada sejarah tetapi tentang sejarah Islam.

mula-mula penceramah atau selesa dipanggil kak Azreen, memperkenalkan apakah KITA?..kita ialah terdiri daripada jasad dan roh.. seterusnya apakah erti islam? islam bererti 'tunduk patuh'.. tetapi kita pernah juga atau biasa mendengar maksud islam ialah seperti sejahtera, selamat kan. betul lah tu. x salah. tapi eri islam ialah 'tunduk patuh'. surah Al-Baqarah ayat 131

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam

saya bukan nak mention tentang siapa kita dan apakah erti islam. tetapi sebenarnya saya nak berkongsi apa yang saya dapat sepanjang mengikuti program ini. 

program ini telah membuka minda saya tentang apa tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. adakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup atau apa?... selalunya bila ditanya apa tujuan manusia di ciptakan dibumi ini ramai yang kata untuk menjadi KHALIFAH dan menunaikan IBADAH. tetapi bila kita kata kita adalah khalifah adakah kita faham apa erti kahlifah??

KHALIFAH ialah "pemimpin orang yang beriman", atau " pemimpin umat muslim". khalifah berperanan sebagai kepala ummat baik urusan negara mahupun urusan agama. persoalannya di sini adakah kita benar-benar melaksanakan sebagai seorang khalifah di bumi ALLAH ini? apakah yang telah kita sumbangkan kepada agama dan  negara.? 

seterusnya maksud IBADAH ialah mengerjakan perintah ALLAH, bersolat, menunaikan zakat, menunaikan haji bagi yabg berkemampuan dan sebagainya. makna ibadah ini adalah meluas dan tidak terhad kepada mengerjakan rukun islam sahaja. belajar juga merupakan satu ibadah. betul x?

ok nak di pendekkan cerita kini saya mempunyai matlamat yang jelas tentang apa tujuan kita di bumi  ALLAH ini. emm..saya ni bukan lah baik pun, bab agama pun tak pandai. tapi niat saya, sebelum saya mahu membentuk orang lain, saya mahu membentuk diri saya sendiri dulu di sampaing mengajak orang lain. MENGAJAK ye..bukan MEMBENTUK...harap anda jelas. dan saya juga nak cuba keluar dari KOTAK saya sekarang, maksudnya saya mahu berubah. kalau tak banyak, sedikit pun jadilah..tapi lebih baik berubah betul-betul kan..emm..insyaALLAH. doakan saya..

nak juga berkongsi, saya cukup terkesan semasa kak Azreen bercakap tentang ISLAM. kita mengaku yang kita ini adalah islam. ''ye saya Islam".. kalau nk cakap" saya Islam" semua orang boleh cakap. event budak-budak pun boleh cakap juga. persoalannya adalah kita menunjukkan ciri-ciri yang kita ini islam? adakah kita mengamalkan ajaran islam sebenar? adakah kita telah menonjolkan sebagai seorang islam?.. kalau anda kata anda adalah seorang islam patutnya anda melakukan/ menunaikan segala perintah dan larangan agama islam. tinggalkan segala yang haram. tinggalkan perbuatan "couple" (BANG!! ...tepat kena pada diri sendiri) , pakai tudung, tutup aurat dengan sempurna, kalau boleh jadilah seorang islam yang benar-benar islam. dalami agama islam.

memang saya cukup terkesan sebab nye ye saya mengaku saya couple..dan itulah masalah saya sekarang, saya rasa taknak tapi saya  tak kuat nak hindarinya..bukan saya tak pernah cuba, saya dah mencuba..jujur saya menangis, susah nak buat keputusan nak clash dengan seseorang yang kita sayang. jujur..memang saya kalau boleh nak bercinta lepas kawin je..tapi saya tak kuat....iman saya tak kuat..

saya juga terkesan bila kak Azreen kata " jangan menunggu seruan untuk berubah kerana ajal itu akan datang pada bila-bila masa je. dan mungkin kita tak sempat pun untuk bertaubat apabila ajal kita telah pun tiba" dan juga "for thing to change, we have to change first"...walau susah macam mana pun kita kena berusaha untuk berubah. then tiba-tiba saya teringat satu surah yang bermaksud " aku (Tuhan) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya kaum itu tidak ada usaha untuk mengubahnya" lebih kurang begitulah maksud terjemahan ayat itu...emmm saya terdiam..

dan.....ketika sesi perbincangan kali terakhir setiap orang harus memberi tahu apa yang difahami sepanjang 1 hari 1 malam sesi majlis ilmu tersebut....
seorang demi seorang mmeberitahu apa yang mereka faham dan apa perubahan yang ingin dilakukan..
kemudian tiba giliran saya.....mula-mula saya diam je..tetapi masing-masing sedang pandang ke arah saya.."alamak..kena bercakap juga lah ni".. 

emm...saya faham kelesuruhan apa yang disampaikan oleh kak Azreen tetapi saya tak pandai nak huraikan... 
kemudian kak faci kata adakah kamu perlukan bantuan untk huraikan?..sekali lagi saya diam..kemudian faci tersebut bertanya apa pandangan awak tentang usrah?..

usrah bagi saya adalah penting dan merupakan sesuatu yang bermakna yang boleh dikongsi bersama dan patut disertai...emm..

bagaimana pula dengan sahabat? 

sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan ALLAH..bila kita pandang dia akan meninginatkan kita kepada ALLAH...tiba-tiba saya rasa sebak..tapi saya tahan...

apa maksud sahabat dan penting tak seorang sahabat? sahabat yang baik macam mana kita nak cari? 

time ni saya terus menangis..memang tak dapat tahan..saya tak tahu kenapa saya menangis..dan at the same time saya teringatkan seorang sahabat saya satu bilik ni...then terus laju air mata saya turun..

saya menangis tu juga adalah kerana saya rasa nak berubah menjadi baik seperti mereka..tetapi saya rasa saya x mampu...sebabkan saya x boleh tinggalkan seperkara itu.....saya sedar saya jahat. saya mengis lagi.. saya tahu sekrang saya x mampu jadi sperti mereka....





No comments:

Post a Comment