Saturday, January 1, 2011

segengam tabah

    
       saya sangat sukakan lagu ini, lagu ini mengingatkan saya kepada ibu saya. pada saya ibu saya merupakan seorang insan yang paling tabah di dunia ini. aku sangat sayangkan dia. teringat lagi aku semasa kecil dahulu, tidak pernah dia memukul atau memarahiku. dan aku ingat lagi semasa kecilku aku tidak pernah mendengar ibuku ketawa. selalu aku melihat dia termenung. tetapi ketika itu aku kecil dan cuma suka bermain.
       seringkali aku melihat ibuku duduk bersandar di depan pintu dapur. aku kemudiannya menghampirinya dan duduk di sebelahnya. tiba-tiba aku melihat air mata ibuku mengalir. lalu aku bertanya" mak menangis? kenapa mak menangis? mak sakit apa?"  jawapan ibuku adalah "tak ada apa-apa. mata mak ni masuk habuk"..aku yang masih kecil tu hanya mempercayainya. ibuku lalu menyuruhku duduk diatas ribanya dan mendodoiku. aku suka diperlakukan begitu.
         emm..saya tidak mahu bercerita. apa yang pasti saya tidak pernah melihat dia mengeluh ataupun menyalahkan takdir hidupnya. apa yang pasti ibu adalah seorang yang sangat penyayang dan sangat lah tabah. saya tidak sekuat ibu saya. apabila mengenangkan ibu saya pasti rasa sebak didada. namun hairan kenapa susah untuk saya mengeluarkan air mata. mungkin kerana kecil-kecil dulu dah puas menangis kot. mak kata masa saya kecil-kecil dulu saya kuat menangis..hehehehe. minta maaf mak sebab dah susahkan mak. 

ibu adalah wanita yang paling saya sayang,
ibu tiada ganti di dunia ini,
dialah satu-satunya ibuku.

No comments:

Post a Comment