Wednesday, December 7, 2011

SeKaDAr BeRKoNGsi

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...(^_^)

Wednesday, June 1, 2011

MeNangGis KerAna TakUtkan ALLAH

kali ini saya mahu share post daripada kawan saya, kerana artikel ini baik untuk dikongsi bersama..moga sesiapa yang membaca akan mendatangkan manfaat kepadanya.. ShArIng iS cAriNg

Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangatlah berat timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T., maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah dibasahi airmata kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail A.S. mengumumkan, "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut,"

Dalam sebuah kitab yang lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan yang menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan."(Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka dapat didengari sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku,"

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-ganang, umat nabi Muhammad berusaha menghalangi dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad S.A.W."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Brekata Jibrail A.S., "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkan padanya." Lalu baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail A.S., "Wahai Jibrail! Air apakah itu?" Maka Jibrail berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api
itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W., "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata." 

kredit for : http://zulhijrah.blogspot.com

Saturday, April 2, 2011

Kata-kata hikmat Posted Image

"1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

Cool Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa);

Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,

itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"


50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."


56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan



Sunday, February 27, 2011


ya ALLAH....aku mohon kepadamu ya-ALLAH. berikan aku petunjuk dan hidayahmu. jangan KAU palingkan hati ini daripada-MU. letakkan cintaku kepadaMU melebihi cintaku pada nikmat dunia. lembutkan hati ini untuk menerima kebaikkan ya-ALLAh. 

Tuesday, February 8, 2011

minat yang kena pendam

sy ni mengambil bidang atau jurusan medical lab tecnology...tetapi lelama minat lama timbul kmbli iaitu benda2 yang nmpk seni...dan suka jga photography. tetapi kini hati saya menjadi berbelah bahagi...bukan sy mhu menjadikan minat lama tu sebagai kerjaya tetapi hanya sekadar untuk mengisi masa lapang..

tetapi ianya telah disalah ertikan..(myb)
bukan saya mahu menjadi sesape atau pun cuba meniru sesapa...
emmmm...bila ada yang berkata
" tak kan nak tarik dia masuk dalam graphic juga"..
terus saya hilang semangat untuk teruskan....


Monday, February 7, 2011

aku perlu kuat

harini buat pertama kalinya setelah 3 sem bljar, memang selama ni aku menjaga pointer ku.tp kli ini aku mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka..memang aku terkejut tp hnya di dalam hati....apa dah jadi dengan aku kali ni...

tipulah jika tidak ada perasaan kecewa. tetapi ku akui ianya datang daripada kesilapan sendiri......memang silap ku. dan mungkin juga hanya distakat itu shja rezeki aku..tetapi aku msih diberi peluang untuk berusaha mngubahnya..

liyana,
kamu mesti kna kuatkn semngat kmu,
krana walopon kmu cuba bershja tetapi hatimu merasa pedihnya,
jgan terlalu bertenang dan berlagak selamba,
kelak memakan dirimu sndiri,
cubalah  menjadi dirimu seadanya,

dimanakah dirimu yang kuat semangat itu?
dimanakah dirimu yang tidak suka mneyrah kalah?
dimakah dirimu yang mempunyai cita2 dan matlamat?
dimakah azammu unruk membwa kejayaan kpada org tuamu?

liyana,
memang ku thu dirimu,
tidak boleh dipksa-paksa,
melakukan sesuatu itu mengikut kerelaan hatimu,
membaca buku ketika kamu mahu shaja,
tetapi...
cubala kmu berubah liyana..
inagtlah harapan ibu dan ayah kamu..
"mak nak kakeh jadi orang yang berjaya"

mungkin kali ini kmu mendapat keputusan seperti ini untuk menyedarkan mu kembali bhawa kamu selalu leka dan mengabaikan kepentigan menuntut ilmu,

bangkitlah liyana,
tanamkan kembali azam kamu,
belajarlah daripada kesilapan,
jangan teruskan dengan sikapmu yang masih di awang-awangan.

ORANG YANG BERILMU AKAN DIANGKAT DARJATNYA OLEH ALLAH S.W.T

Sunday, January 16, 2011

I.S.K

    hari ini saya baru balik dari seminar 'INI SEJARAH KITA' (I.S.K)..saya dapat pengisian yang bagus dalam seminar ini. actually bila dengar topik tersebut mesti anda fikir ia adalah seminar tentang subjek SEJARAH kan. tapi sebenarnya tidak la sepenuhnya tentang sejarah. memang ada sejarah tetapi tentang sejarah Islam.

mula-mula penceramah atau selesa dipanggil kak Azreen, memperkenalkan apakah KITA?..kita ialah terdiri daripada jasad dan roh.. seterusnya apakah erti islam? islam bererti 'tunduk patuh'.. tetapi kita pernah juga atau biasa mendengar maksud islam ialah seperti sejahtera, selamat kan. betul lah tu. x salah. tapi eri islam ialah 'tunduk patuh'. surah Al-Baqarah ayat 131

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam

saya bukan nak mention tentang siapa kita dan apakah erti islam. tetapi sebenarnya saya nak berkongsi apa yang saya dapat sepanjang mengikuti program ini. 

program ini telah membuka minda saya tentang apa tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. adakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup atau apa?... selalunya bila ditanya apa tujuan manusia di ciptakan dibumi ini ramai yang kata untuk menjadi KHALIFAH dan menunaikan IBADAH. tetapi bila kita kata kita adalah khalifah adakah kita faham apa erti kahlifah??

KHALIFAH ialah "pemimpin orang yang beriman", atau " pemimpin umat muslim". khalifah berperanan sebagai kepala ummat baik urusan negara mahupun urusan agama. persoalannya di sini adakah kita benar-benar melaksanakan sebagai seorang khalifah di bumi ALLAH ini? apakah yang telah kita sumbangkan kepada agama dan  negara.? 

seterusnya maksud IBADAH ialah mengerjakan perintah ALLAH, bersolat, menunaikan zakat, menunaikan haji bagi yabg berkemampuan dan sebagainya. makna ibadah ini adalah meluas dan tidak terhad kepada mengerjakan rukun islam sahaja. belajar juga merupakan satu ibadah. betul x?

ok nak di pendekkan cerita kini saya mempunyai matlamat yang jelas tentang apa tujuan kita di bumi  ALLAH ini. emm..saya ni bukan lah baik pun, bab agama pun tak pandai. tapi niat saya, sebelum saya mahu membentuk orang lain, saya mahu membentuk diri saya sendiri dulu di sampaing mengajak orang lain. MENGAJAK ye..bukan MEMBENTUK...harap anda jelas. dan saya juga nak cuba keluar dari KOTAK saya sekarang, maksudnya saya mahu berubah. kalau tak banyak, sedikit pun jadilah..tapi lebih baik berubah betul-betul kan..emm..insyaALLAH. doakan saya..

nak juga berkongsi, saya cukup terkesan semasa kak Azreen bercakap tentang ISLAM. kita mengaku yang kita ini adalah islam. ''ye saya Islam".. kalau nk cakap" saya Islam" semua orang boleh cakap. event budak-budak pun boleh cakap juga. persoalannya adalah kita menunjukkan ciri-ciri yang kita ini islam? adakah kita mengamalkan ajaran islam sebenar? adakah kita telah menonjolkan sebagai seorang islam?.. kalau anda kata anda adalah seorang islam patutnya anda melakukan/ menunaikan segala perintah dan larangan agama islam. tinggalkan segala yang haram. tinggalkan perbuatan "couple" (BANG!! ...tepat kena pada diri sendiri) , pakai tudung, tutup aurat dengan sempurna, kalau boleh jadilah seorang islam yang benar-benar islam. dalami agama islam.

memang saya cukup terkesan sebab nye ye saya mengaku saya couple..dan itulah masalah saya sekarang, saya rasa taknak tapi saya  tak kuat nak hindarinya..bukan saya tak pernah cuba, saya dah mencuba..jujur saya menangis, susah nak buat keputusan nak clash dengan seseorang yang kita sayang. jujur..memang saya kalau boleh nak bercinta lepas kawin je..tapi saya tak kuat....iman saya tak kuat..

saya juga terkesan bila kak Azreen kata " jangan menunggu seruan untuk berubah kerana ajal itu akan datang pada bila-bila masa je. dan mungkin kita tak sempat pun untuk bertaubat apabila ajal kita telah pun tiba" dan juga "for thing to change, we have to change first"...walau susah macam mana pun kita kena berusaha untuk berubah. then tiba-tiba saya teringat satu surah yang bermaksud " aku (Tuhan) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya kaum itu tidak ada usaha untuk mengubahnya" lebih kurang begitulah maksud terjemahan ayat itu...emmm saya terdiam..

dan.....ketika sesi perbincangan kali terakhir setiap orang harus memberi tahu apa yang difahami sepanjang 1 hari 1 malam sesi majlis ilmu tersebut....
seorang demi seorang mmeberitahu apa yang mereka faham dan apa perubahan yang ingin dilakukan..
kemudian tiba giliran saya.....mula-mula saya diam je..tetapi masing-masing sedang pandang ke arah saya.."alamak..kena bercakap juga lah ni".. 

emm...saya faham kelesuruhan apa yang disampaikan oleh kak Azreen tetapi saya tak pandai nak huraikan... 
kemudian kak faci kata adakah kamu perlukan bantuan untk huraikan?..sekali lagi saya diam..kemudian faci tersebut bertanya apa pandangan awak tentang usrah?..

usrah bagi saya adalah penting dan merupakan sesuatu yang bermakna yang boleh dikongsi bersama dan patut disertai...emm..

bagaimana pula dengan sahabat? 

sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan ALLAH..bila kita pandang dia akan meninginatkan kita kepada ALLAH...tiba-tiba saya rasa sebak..tapi saya tahan...

apa maksud sahabat dan penting tak seorang sahabat? sahabat yang baik macam mana kita nak cari? 

time ni saya terus menangis..memang tak dapat tahan..saya tak tahu kenapa saya menangis..dan at the same time saya teringatkan seorang sahabat saya satu bilik ni...then terus laju air mata saya turun..

saya menangis tu juga adalah kerana saya rasa nak berubah menjadi baik seperti mereka..tetapi saya rasa saya x mampu...sebabkan saya x boleh tinggalkan seperkara itu.....saya sedar saya jahat. saya mengis lagi.. saya tahu sekrang saya x mampu jadi sperti mereka....





Monday, January 3, 2011

berfikir sejenak


klik dan lihatlah video ini..

Dua persoalan yang ingin saya tanya kepada anda.apa yang anda fikir dan apa yang anda rasa apabila melihat video ini? .apa yang anda faham?
         pada mulanya saya melihat video ini saya tidak faham. kemudian saya tengok lagi sekali, dan lagi sekali.(sampai 3 kali tengok. lambat loading jgk saya ni) baru la saya faham apa yang cuba disampaikan. suddenly  rasa sebak dan sedih mengenangkan saudara kita di sana,bumi GAZA.. jika dibandingkan dengan saya, hidup di tanah melayu (malaysia..huhuhu mcm dulu2 plak nk sebut tanah melayu ye..) aman damai, namun kadangkala lupa mensyukuri nikmat kemerdekaan/kebebasan yang ALLAH s.w.t bagi. kenapa? 
       jika disana mereka berjihad dengan nyawa mereka. tapi saya? sedikit kesusahan yang saya alami pun saya dah rasa lemah dan rasa mahu menyerah. jika di tanah GAZA, saudara kita terkorban di medan peperangan, sentiasa di tindas, jika dulu, hari-hari terdapat kematian kerana perbuatan jahat orang kafir. namun kita di tanah malaysia ni, ramai dibunuh kerana perbuatan jenayah, kekasih bunuh kekasih konon kerana cinta,  anak-anak muda terkorban sia-sia ditengah jalan kerana cintakan kelajuan motor. haishhh.... entah la..kadang bila mengenangkan anak-anak muda (saya pun muda lagi, jadi tak boleh nak mengata sangat) terutama melayu, rasa sedih jauh disudut hati ni.. orang melayu tak macam orang melayu.

       entahlah...rasa nak tulis lagi panjang2..nak huraikan apa yang tersirat dalam hati ni. tapi dah tak tau macam mana nak sampaikan sebab banyak sangat nk bagitau sampai tak tau nak mulakan dari mana siap bercampur aduk lagi.macam dah lari topik utama. huhuhuhu !_! 


Saturday, January 1, 2011

segengam tabah

    
       saya sangat sukakan lagu ini, lagu ini mengingatkan saya kepada ibu saya. pada saya ibu saya merupakan seorang insan yang paling tabah di dunia ini. aku sangat sayangkan dia. teringat lagi aku semasa kecil dahulu, tidak pernah dia memukul atau memarahiku. dan aku ingat lagi semasa kecilku aku tidak pernah mendengar ibuku ketawa. selalu aku melihat dia termenung. tetapi ketika itu aku kecil dan cuma suka bermain.
       seringkali aku melihat ibuku duduk bersandar di depan pintu dapur. aku kemudiannya menghampirinya dan duduk di sebelahnya. tiba-tiba aku melihat air mata ibuku mengalir. lalu aku bertanya" mak menangis? kenapa mak menangis? mak sakit apa?"  jawapan ibuku adalah "tak ada apa-apa. mata mak ni masuk habuk"..aku yang masih kecil tu hanya mempercayainya. ibuku lalu menyuruhku duduk diatas ribanya dan mendodoiku. aku suka diperlakukan begitu.
         emm..saya tidak mahu bercerita. apa yang pasti saya tidak pernah melihat dia mengeluh ataupun menyalahkan takdir hidupnya. apa yang pasti ibu adalah seorang yang sangat penyayang dan sangat lah tabah. saya tidak sekuat ibu saya. apabila mengenangkan ibu saya pasti rasa sebak didada. namun hairan kenapa susah untuk saya mengeluarkan air mata. mungkin kerana kecil-kecil dulu dah puas menangis kot. mak kata masa saya kecil-kecil dulu saya kuat menangis..hehehehe. minta maaf mak sebab dah susahkan mak. 

ibu adalah wanita yang paling saya sayang,
ibu tiada ganti di dunia ini,
dialah satu-satunya ibuku.